Assalamualaikum..
Sedar tak sedar dah tinggal seminggu lagi peperiksaan SPM bermula. Aku masih lagi belum bersedia sepenuhnya untuk menduduki peperiksaan tersebut. Segala usaha dan pengalaman sedang digunakan untuk menyediakan diri ini berjuang untuk masa depan aku. Yeahh, memang aku banyak main. Ape boleh buat, perangai remaja kan. Tinggal seminggu ni aku terpaksa berkorban demi masa depan aku.
Semua orang mesti ada target kan? Aku pun ada jugak. Setelah mengambil kira pelbagai aspek, target aku tetap 9A. Nak lagi detail..? Aku target untuk dapat 3A+ (mathematics, additional mathematic, bahasa malaysia) 4A (agama, physic sejarah, prinsip perakaunan) 2A- (bahasa inggeris, chemistry). Semuanya 9 subjek. Insyaallah aku akan buat yang terbaik untuk mencapai target tersebut.
Di kesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf terhadap semua orang yang saya kenali mahupun tidak. Nak mintak maaf dekat korang secara personally mungkin tak sempat. Banyak kekurangan diri saya yang mungkin telah menyusahkan korang semua. Saya hanyalah seorang manusia biasa yang tidak lali dari melakukan kesilapan. Saya berharap kalian dapat memaafkan diri saya ini dan mendoakan saya untuk mencapai kejayaan yang cemerlang pada peperiksaan kali ini.
SAYA MINTA MAAF!! :D
Kepada semua rakan-rakan seperjuangan, buatlah yang terbaik untuk diri korang. SPM nie penentu masa depan korang. Jangan sia-siakan. Kelak takut korang yang menyesal. Jom kita sama-sama buat parents kita bangga dengan anak mereka dan berikan hadiah 9A untuk mereka bagi membalas budi yang telah mereka berikan kepada kita. Aku sentiasa mendoakan kejayaan korang. Semoga korang dapat menduduki peperiksaan SPM dengan penuh yakin.
Ehh, lupa pulak. Esok dah nak raya kan. Raya qurban. Sekejap betul masa berlalu. Betul lah orang cakap “masa itu emas”. Banyak dah emas yang aku buang macam tu je. Nak kutip balik dah terlambat. Baik aku kejar emas yang mendatang. :))
Selamat Hari Raya Aidiladha…!!! <3
Akhirnya,
Saya Muhammad Nur Syafiq Bin Sinwan sekali lagi ingin memohon ampun dan maaf kepada anda semua atas kesilapan yang telah saya lakukan. Semoga anda bergembira disamping keluarga tercinta di hari raya ini dan bersedia untuk menduduki peperiksaan SPM yang bakal menjelang tidak lama lagi…
Sekian……. <3<3<3
syafiq :D
ReplyDeletelagu kau terlebih semangatlah !!
terlebih sudah haha
ALL THE BEST !!
:D
Haha..
ReplyDeleteBaru lah semangat..
Thanx kak Syumie..!! :D