Assalamualaikum….
Akhirnya, tamat sudah zaman persekolahan aku di SMK Aminuddin Baki K.L selama 5 tahun.. Terlalu banyak kenangan manis dan pahit telah aku lalui sebagai seorang pelajar.. Dan aku akui hidup sebagai seorang pelajar adalah sebuah kehidupan yang sangat bermakna dalam diri manusia.. Janganlah dipersiakan zaman persekolahan anda kerana kelak anda akan merinduinya..
Selesai sudah 9 subjek SPM aku pada 5 Disember 2011.. Sangatlah penat bertarung dengan sahabat aku ni sampai tidur pun kadang-kadang lupa.. Kalau nak cakap bab bilik tu, memang bersepah sangat lah kan.. Hah, ni buktinya..
Seronok sangat rasanya bila dah habis exam.. SPM weyh, bukan main main tu.. Haha.. Tapi, bila dah habis rasa bosan pulak.. Tak tau nak buat apa.. Rasa macam sekolah lagi best tau.. Tak percaya nanti anda boleh rasa sendiri.. Kitorang tengah rasa ni.. Cuba tanya kakak2 atau abang2 korang kalau tak percaya.. Mesti dorang cakap bosan.. Apakan daya, hidup perlu diteruskan jugak.. Bebas dari sekolah dan bebas sikit untuk buat apa2 bila nak keluar.. Hehe..
Semalam aku kemas bilik.. Bersepah sangat and dah tak larat aku nak tengok bilik aku.. Lepas maghrib, aku tutup pintu pasang air-cond and mula mengemas.. Tetiba pulak rasa rajin.. Hehe.. Lama lah jugak, dalam 3 jam baru siap.. Saja nak tunjuk sikit gambar mengemas.. :D Lepas tu aku terus sambung aktiviti biasa.. “online”.. -,-
65% siap bilik aku nie..
Okay, selesai semuanya.. :D
Tadi aku pergi tengok cerita “Ombak Rindu” dekat TS dengan Ismat, Shazmeen dan Norashikin.. Saja keluar lepak dengan dorang sebab aku tak jadi training pagi tu.. So, aku ajaklah mereka ni keluar.. Best lah jugak cerita dia.. Dah 8 hari keluar baru nak tengok.. Takpelah, asalkan bila ada orang tanya nanti takde lah blur kan.. Haha.. Okaylah semua, malam nie aku nak pergi training bowling dekat Endah Parade setelah sebulan lebih tak pegang bola bowling.. Bye2.. J
Terima kasih sudi membaca..
No comments:
Post a Comment