Sebulan Di UiTM Puncak Alam


Hye hye. Assalamualaikum. :3

Apa khabar semua.? Dah lama sangat tak update blog. Terlalu sangat melampau busy. Woahh bm pun dah tunggang langgang. Haha. Pejam celik pejam celik rasanya dah hampir sebulan saya bergelar Mahasiswa UiTM Puncak Alam 2012/2013. Alhamdulillah. Dah makin dewasa rupanya saya ni. Rindu zaman kanak-kanak. :’)

Entry yang bosan kali ni nak cerita pasal uitm lahh. Apa lagi kan kan..? Saya bangga jadi salah seorang mahasiswa uitm. Saya bangga jadi salah seorang ahli keluarga Palam. Bilangan kami terlalu ramai. Walaupun tidak mengenali satu sama lain, tetapi mereka semua baik dan sporting. Housemate saya hebat belaka. Yeahh, dengan adanya mereka hidup saya di Palam tidak sunyi. Mula-mula masuk semua buat muka baik. Dah nak masuk sebulan ni, rasa macam dah kenal lama pulak. Haha. Mereka akan menemani kehidupan saya sehingga selesai Asasi. Insyaallah.

Saya dimasukkan dalam kumpulan M3. New friends? Mestilahh. Ramai kawan, ramai teman, luas pengalaman, pelbagai kerenah kehidupan dan semestinya hidup berdikari. Saya suka dengan kehidupan baru saya di Palam. Tak ada siapa nak marah, tak ada siapa nak mengarah. Tapi saya rindu kena marah. :( Kalau tak susah nak sedar diri. Apa boleh buat, semua tu dah takde bila masuk alam Universiti. Redha ke Pasrah.? Haha.

Group mate saya sangat awesome. Baru 3 minggu bersama mengharungi pembelajaran di Palam. Pelbagai ragam telah dipamerkan. Kepada yang dah kena bahan tu, jangan ambil hati sangat ye..? Gurau-gurau je lah. Tolong jangan simpan dalam hati ye kawan-kawan? ;) Setakat ni aktiviti paling best kita rasanya lakonan masa class BEL. Itu terbaikkk. Ohh My English, Iron Man, Throw Water dan segala macam lagi masa lakonan tu memang happening lah..! Kenangan tu. :D Semoga kita semua berjaya mencapai cita-cita kita di Palam ini. Insyaallah.

Rasanya setakat itu dulu lah ye. Dah takde idea nak cakap pasal apa. Selama 3 minggu ni, dapatlah tangkap beberapa gambar coretan kehidupan bersama siswa dan siswi Asasi Kejuruteraan M3 (PI009M3). Banyak lagi gambar yang bakal ditangkap secara sengaja ataupun tidak sengaja. Lagi sekali, jangan ambil hati jangan makan hati. *peace*

Makmal Physic, Level 5, FF4, UiTM Puncak Alam.
Mashita, Qaiyum, Rizal, Aqil & Fadli

Fadzwan, Hairi & Ihsan

Atiqah & Izhaq

Aqil & Lyanie

Diba, Luqman, Qaiyum & Farid

Mirza. Budak-budak hyper dekat belakang. :P

Syafiq & Aqil













Pendeta Cafe, Level 3, Plaza Satelit B, Uitm Puncak Alam

Lyanie, Syafiq & Mirza. ;)
Kolej Kemudahan Pelajar Angsana (KKPA / RSU)

Aqil & Mirza. Physic Lab Report Group Discussion. :3
Maths Lecture at DKK11, FSK 7, UiTM Puncak Alam

Ahmad Farid & Sir Kamil. Hebat si Farid ni. Buat matrix guna calculator. (y)














Blok A2, Room A204. My second house. :'D

Syahid & Syafiq.













Perpustakaan Tunku Abdul Rahman (PTAR) Uitm Puncak Alam.

Izhaq, Fahmi & Syafiq.
Bosan kan entry nie.? Tak kesah pun. Haha. Selamat Malam. :D
Assalamualaikum. :]