Terima Kasih, Kekasihku.

Seandainya aku dapat mengulangi masa yang telah berlalu,
Detik-detik indah yang pernah kita lalui bersama,
Detik yang tidak mungkin kulupakan,
Setiap kali kupandang wajahmu,
 Hatiku berdegup kencang,
Sekencang ribut taufan,
Setiap kali kau tersenyum,
Hatiku berbunga riang.

Tegarkah aku menghadapi semua ini,
Segala dugaan, rintangan dan cabaran yang telah ditentukan,
Aku bersumpah untuk mencintaimu,
Selama hayatku.

Kusedar tindakanku dulu sangat mencalar hatimu,
Walaupun sudah lama berlalu,
Pasti parut di hatimu itu masih berdarah pilu,
Namun,
Parut di hatiku lebih dalam kerana sehingga kini,
Aku masih belum mampu memaafkan diriku sendiri,
Atas perbuatan padamu dahulu.

Walaupun kini tidak lagi bersamamu,
Aku tetap berterima kasih padamu,
Kerana meninggalkan sejambak kenangan,
Memori yang manis didalam hidupku,
Akan kukejar cita-citaku dahulu,
Berbekalkan semangat kau tiup dahulu.

TERIMA KASIH, KEKASIHKU. 

1 comment: