Ketentuan Takdir . .

Kita hanya mampu merancang perjalanan hidup kita... Namun, hanya Allah sahaja yang berhak menentukan segalanya... Pahit manis kehidupan kita semuanya telah diatur dengan rapi oleh Allah tanpa sebarang kesulitan baginya... Kita tiada hak untuk mempertikaikan ketentuan yang telah ditetapkan... Kita juga diberikan peluang untuk mengubah ketentuan hidup kita, TETAPI hanya sekiranya mendapat keizinan dari-NYA... Setiap dugaan dan halangan yang kita tempuhi semasa hidup di alam ciptaan Ilahi ini merupakan ujian tuhan kepada umatnya bagi menguji keimanan seseorang... Jangan sesekali kita mengeluh kerana setiap dugaan mempunyai hikmat yang tertentu yang juga telah ditetapkan olah Allah s.w.t...

Awak, saya hanya mampu menyayangi awak seadanya... Saya hanya mampu berusaha untuk sentiasa menghargai diri awak... Saya hanya mampu berdoa kepada Allah tentang kehidupan kita... Saya hanya mampu memberi keyakinan untuk bersama dengan awak suatu hari nanti... Saya hanya mampu mengingati awak semasa waktu jaga saya... Dan, saya hanya mampu berharap jodoh kita akan dikekalkan oleh Allah selama-lamanya...

Jangan lah kita sesekali melawan takdir... Tuhan telah menentukan segala takdir kita... Itu adalah jalan yang terbaek untuk kita sebagai hambanya yang lemah ini... Hanya kepada tuhan sahaja tempat kita mengadu dan tempat kita menyembah...


~ SAYA SAYANG ALLAH ~
~ SAYA SAYANG RASULULLAH ~
~ SAYA SAYANG IBU SAYA ~
~ SAYA SAYANG AYAH SAYA ~
~ SAYA SAYANG SEMUA AHLI KELUARGA SAYA ~
DAN...
~ SAYA SAYANG AWAK ~

No comments:

Post a Comment