Assalamualaikum…
Hai korang. Apo khabor.? Sehat.? Saya tak berapa nak sehat sangat.. Demam + selsema + cuak nak amek result SPM.. Woaaahhh.. Biler result SPM..?? 21 Mac 2012.. Hari apa..? Hari rabu.. RABU..?? Esok lah woiii.. Okay tersentap kejap disitu..
Cuba korang review balik masa zaman sekolah.. Perrrgghhh, mesti windu cangat time tu kan..? Ya Allah.. Betapa indahnya zaman persekolahan sebenarnya.. Hakikat manusia, bila dah terlepas baru nak hargai.. Kan dah rasa macam nak masuk alam sekolah balik.. Now baru aku rasa macam mana rindunya nak beratur dekat sekolah, nak menyanyi dalam kelas, nak dengar cikgu membebel, nak kena rotan dengan cikgu, nak fly kelas, nak jalan2 dalam kawasan sekolah….. Seriously sekolah memang best…
Tapi tu semua hanya akan terjadi bila anda bersama rakan-rakan anda.. Mereka yang sentiasa berada disisi anda ketika dalam kelas dan semasa waktu sekolah.. Korang dekat sekolah 8 jam lebih tau termasuk koko semua lahh.. Cuba korang bayang, kalau takde kawan macam mane..? :O Agaknya hidup korang dalam sekolah tu bahagia tak..? Pikir sendiri lah ye, korang kan dah besar… Terima kasih untuk segalanya kawan-kawan.. :”)
Esok saya pergi ambil result sorang-sorang.. Ibu kena teman ayah buat CT Scan dengan ambil darah dekat Hospital Ampang.. Hmm, sorang sorang ekk..? Aku tak suka amek result sorang2..!! Masa UPSR, ayah aku teman.. Masa PMR pun ayah aku teman.. Masa SPM..??? :O Ayah aku tak teman sebab treatment.. Okay sangat tak sedap hati disitu.. Memang lah korang dah biasa pergi ambil result sorang2.. Tapi aku prefer ambil dengan parent sebab, emmm entahlaa.. Aku rasa macam tenang sikit ada orang yang tenangkan kita sebelum dia bagi result tu.. Hmmm.. Tapi aku terpaksa jugak hadapi result aku esok sendiri.. Takpe, kawan aku ramai esok.. Dorang ada.. Dorang boleh bagi semangat.. :D Betul ke..? huhu.. :{
Takpelahh.. Hidup perlu diteruskan juga.. Esok ada yang nak teman breakfast dulu.. Lepastu masuk sekolah sama-sama.. Yeaahhh.. Aku sayang kawan2 aku.. Dorang sangat sporting dan baik.. Jumpa korang nanti.. Dah lama tak nampak korang.. Terutama Ismat..!! Dari mula cuti tak pernah nampak batang hidung kau.. Haha.. Yang lain adalah aku jumpa jugak.. Tapi si Ismat nie betul betul missing in action.. hahaha.. K ismat, itew gurau je.. :D
“ Ya Allah.. Kepadamu kami memohon.. Kepadamu kami berharap.. Kepadamu jua kami meminta.. Tolong lah kami Ya Allah.. Tabahkan lah hati kami.. Kuatkanlah semangat kami.. Permudahkanlah segala urusan kami disekolah pada esok hari.. Bantulah kami Ya Allah.. Kami merayu kepadaMu.. Berikanlah kami keputusan peperiksaan SPM yang cemerlang Ya Allah.. Kami telah lakukan yang terbaik untuk membuktikan kemampuan kami menghadapi peperiksaan.. Hanya engkau yang dapat merialisasikan impian kami.. Walaupun engkau tidak melihat kejayaan yang kami kecapi kerana engkau sering melihat usaha kami, tetapi berikanlah kami peluang untuk menggembirakan hati keluarga kami Ya Allah.. Mereka telah meletakkan harapan yang tinggi kepada kami untuk melihat kami berjaya dengan cemerlang Ya Allah.. Kami sedar kami tidak akan dapat membalas segala jasa dan pengorbanan yang telah ayah dan ibu kami korbankan, tetapi bagilah kami peluang dengan menggembirakan hati mereka.. Biarlah mereka menitikkan air mata kegembiraan melihat kejayaan kami kerana kami telah sering menjatuhkan air mata kesedihan mereka.. Hanya engkau yang mengetahui hati dan perasaan kami ketika ini.. Kuatkan lah hati kami Ya Allah.. Hanya engkau tempat kami bermohon.. Engkaulah penentu segalanya.. Tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang…”
Kepada semua calon SPM 2011 di Malaysia.. Masa yang korang tunggu dah sampai daa.. Esok lah tu.. Aku ingat lagi time habis exam bukan main lagi cakap “lama lagi nak result”, “jom enjoy dulu lepas habis exam nie.. awal lagi”.. Pejam celik pejam celik hah, lama lagi ke nak result tu..?? Boleh ke nak enjoy lagi malam nie dengan hati yang tak tenang..?? Hilang dah semua kebahagiaan lepas exam tu.. Lepas esok, bermacam lagi cabaran yang mendatang untuk korang tempuhi.. Masih panjang lagi perjalanan hidup kita ye… :)
Kepada semua yang baca post nie yang ambil result esok, All The Best korang..!! Hope korang berjaya dengan cemerlangnya.. Kepada sahabat sahabat saya Asyraf, Ismat, Muhammad, Faroq, Yazrul, Nabil, Anaas, Atiqah Hanani, Nur Fatin Farhana dan Najah Farhana tak sabar nak jumpa korang esok.. Hope korang happy dengan result korang esok.. Kepada adik, tu hah yang dalam gambar tu, Norashuhada All The Best yaw.. :D Kepada sahabat saya yang paling rapat dulu, emm, dulu lah kot.. Hehe.. Anis Syazwanie, aku harap kau dapat Straight A’s dalam SPM.. Kau takut..?? Takpe takpe, Harith Syazwan sentiasa ada untuk kau setiap masa kay.. Betulkan bro..? :D Insyaallah add math kau akan dapat A.. Paling kurang pun A-.. Trust me if you want.. Fiq yakin dengan nyss kay..? Hope kau tak lupa persahabatan nie.. :”) Harith, kau ambil 10 ke 11 ekk..? Aku dah lupa laa.. Haha.. Insyaallah kau pun boleh dapat straight A’s jugak.. Good luck both of you..
Rasanya sampai sini dulu.. Aku pun tengah cuak nie hah.. Menahan je lah malam nie sorang-sorang.. Takpe aku boleh kacau orang.. Hehe.. Siaplah siapa kena kacau nanti.. K, thanx for the reading.. Hope you enjoy it.. GOOD LUCK 94’s..!! <3<3<3<3
Assalamualaikum…
Wah, bagus doa tu..saya pun akan terima keputusan spm 2014 pada 3 mac 2015 ni....jika diizinkan Allah swt....
ReplyDelete