Bowling & Ayah Tercinta... :')

Assalamualaikum…

Blog berhabuk, background lama, lagu lama.. Senang citer dah lama arr tak sentuh blog.. Macam biasa lah busy dengan bowling.. Hidup aku makin lama makin penuh dengan bowling sementara menuggu result SPM yang akan keluar 22 Mac nie dekat sekolah sendiri lah kan.. Korang apo khabor..? Sehat..? Aku belakangan nie kurang sehat sikit.. Demam and selsema je.. Gagahkan diri untuk pergi training jugak.. Kalau tak pergi training takde exercise.. Lagi lah lambat nak baik demam aku nie.. Lagipun duduk rumah je bosan tak tau nak buat apa.. Online pun macam apa tah, sunyi nak mampuihh pepagi bila ramai yang pergi sekolah..

Kita bukak citer bowling dulu.. 2 – 4 Mac ada Malaysian Tenpin Bowling Junior Circuit di Ipoh Parade, Perak.. So, ramai lah jugak bowler2 dari semenanjung Malaysia nie berkumpul dekat sana.. Pembukaan circuit bagi tahun 2012.. Aku..? Aku tak pergi atas sebab2 tertentu.. Macam-macam hal jugak lah yang terjadi masa circuit tu.. So aku tinggal dekat K.L and pergi training macam biasa bersama beberapa orang lagi yang senasib dengan aku.. Aku tak tau paper citer lah yang jadi dekat sana.. Just nak share pencapaian orang yang aku kenal je.. Tahniah kepada :-

1) Nur Dayana Binti Zuhdi ~ Girls Open Champion
2) Nur Hazmida Syasya Binti Norazmy ~ Girls Graded Champion
3) Ahmad Aidil Bin Abdul Halim ~ Boys Open Champion
4) Anis Syazwanie Binti Wan Abdullah ~ Runner Up Girls Open
5) Muhammad Firdaus Bin Idris ~ 5th Place Boys Open

Dan kepada semua pemenang-pemenang yang telah berjaya di circuit kali ini.. Kepada yang tidak berjaya, jadikan pengalaman anda bertanding di Perak ini sebagai satu pengajaran dan mulakan proses baik pulih segala kesalahan yang telah anda lakukan.. Jangan sesekali putus asa.. Mungkin bukan rezeki anda kali nie.. Next circuit ke, siapa yang tahu.. Ingat ini,

Allah tidak melihat pencapaian kamu, tetapi Allah melihat usaha kamu kearah kejayaan tersebut..”

Rasanya mereka semua telah selamat kembali ke negeri asal.. Insyaallah sekiranya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki kita akan berkumpul semula di Negeri Sembilan untuk Leg yang ke-2.. Gunakanlah masa yang ada ini sebaik mungkin untuk buktikan kemampuan anda yang sebenar semasa bertanding..

Cerita bowling lagi.. Kepada pemain pemain MSSWP yang akan bertanding dalam acara Master pada hari rabu ini, saya ingin mengucapkan All The Best, Good Luck and High Scores kepada anda semua.. Aidil, Firdaus, Megat, Qalif, Prasert, Siti Nurzulaika, Syamimi Syarfa, Dayana dan semua yang lain, gunakan pengalaman anda bertanding di mana-mana kejohanan sebelum ini untuk menguji prestasi anda dalam acara master.. Kejayaan anda dalam acara ini akan melayakkan anda mewakili Wilayah Persekutuan ke kejohanan MSSM yang akan dilangsungkan di Pulau Pinang pada tahun ini.. Penang tu, bukan senang dapat jalan jauh.. Aku pun dapat pergi MSSM dekat Melaka je 2010.. Insyaallah aku akan datang bagi sokongan dekat korang.. Mungkin dalam tengah hari.. Itu pun tengok lah pukul berapa aku balik dari Hospital Ampang teman ayah aku ye..

Citer sedih sikit.. 1 Mac yang lepas ketika ramai sudah mula bertolak ke Ipoh, aku teman ayah aku pergi Hospital Ampang.. Nak tau keputusan apa sebenarnya sakit yang bapak aku menghidap sekarang nie.. Sampai sana dalam pukul 8.. Appointment pukul 10.. Lepas breakfast tunggu lah giliran.. Bila dia dah panggil, ayah aku ajak ikut sekali.. Aku pun duduk lah dekat katil orang sakit tu sambil dengar penjelasan dari doktor apa keputusan sakit ayah aku.. Keputusan doktor tu sangat sangat buat aku rasa terkejut and rasa nak nangis je dekat situ.. Doktor tu cakap ada cara merawat and tak serius sangat lagi.. Tapi pada aku sakit yang bapak aku menghidap tu sangat sangat serius walaupun baru tau.. Aku tak tau nak cakap apa masa tu.. Ayah aku senyum je pandang aku.. Hanya Allah je yang tau apa perasaan aku masa tu.. Aku tak sanggup nak hadapi semua ini.. Kalau makin serius nanti, siapa nak jaga aku..? Siapa nak teman aku pergi training..? Siapa nak dengar cerita and masalah aku..? Ya Allah.. Aku merayu padamu, sembuhkan lah penyakit ayah aku tu.. Aku tak sanggup tengok ayah aku menderita.. Dia nampak sehat.. Dia nampak gagah.. Dia nampak ceria.. Tapi aku yakin sangat dalam senyum tawa itu semua dia sedang menanggung sakit yang sangat serius.. Sembuhkan lah penyakit ayah ku ya Allah.. :[

Kepada semua rakan-rakan dan sahabat.. Aku sangat perlukan korang untuk hadapi semua ini.. Sampai sekarang aku masih tak dapat nak terima kenyataan.. Bila aku tanya ayah aku, dia okay ke tak.. Dia mesti cakap okay.. Tapi aku tau dalam hati dia mesti merahsiakan sakit yang sedang ditanggungnya.. :’( Aku taknak apa apa berlaku terhadap ayah aku.. Kadang-kadang aku perlukan korang untuk cerita and luahkan perasaan aku sekarang nie.. Serius mood aku tak menentu.. Harap sangat korang faham.. Please don’t leave me alone would you..? Thanks… :’(

Dalam masa yang sama aku sedang giat berlatih untuk kejohanan Malaysian Closed yang akan bermula minggu hadapan.. Proses latihan aku makin lancar dan aku harap aku dapat buktikan kemampuan sebenar aku nanti.. Kalau korang main, jumpa dekat Sunway nanti ye.. Sampai sini dulu lah agaknya.. Cerita panjang lebar pun makin lama makin bosan nanti.. Seriously I really missed my school friends.. Dah lama tak jumpa dorang.. Hope to see you guyz soon before the result okay..? Terima kasih sudi membaca.. Maaf jika saya ada buat salah dengan korang belakangan ini.. Assalamualaikum…

No comments:

Post a Comment