Seorang sahabat dalam diri saya.. :)

Assalamualaikum…

Dah lama rasanya tak update blog nie.. Malam nie kita ubah semuanya okay..? :D Siapa lah yang nak baca blog aku nie kan.. Perasan macam ramai orang yang baca je.. Okay, topik untuk malam nie ialah mengenai seseorang yang bernama……… Secret dulu lahh.. Mana boleh nak terus kenal.. Hehe..

Saya mula kenal budak nie dari dalam “muka buku”.. Memberanikan diri serta menghilangkan rasa malu, segan dan takut dengan menegurnya.. Mula2 ingatkan dia tak balas.. Sekali dia balas jugak.. Wahh, tak sombong lah dia.. Okay, itu tanggapan pertama.. Beberapa hari berselang dan semakin berani.. Nak mintak no fon pulakk.. Perempuan mana lah yang senang nak bagi no fon dia enn..? Lagi2 lah time tu dia “orang” punya.. Haha.. Sekali kantoi dengan adik keciklah pulak.. Tah macam mana lah dia boleh tau.. Dia kata, kalau nak no dia mintaklah dekat budak kecik tu.. Okay, saya pun pergilah mintak tapi dah agak daa memey tak dapat.. Sabar je lah menunggu.. Hari demi hari berlalu hampa macam tu je, sampaikan satu hari nie dia sendiri yang bagi no fon dia..

Pertama kali jumpa dia masa dekat Ampang Superbowl Johor Bharu.. Itu pun sebab circuit.. Biasalah, mula2 jumpa mesti lah dia senyum je.. Bersyukur lah jugak dia senyum kan..? Jumpa sekali tak cakap pape hanya lalu dihadapan.. Sekali tu je lepas tu aku balik daa sebab kalah.. Haha.. Dia gempak kot.. Siap masuk top 8 lagi tu.. Hehe.. Lepas tu jumpa lagi tapi lepas berapa bulan macam tu.. Kali ni gp final.. Budak2 hebad je boleh main.. Aku datang tengok je.. Itu pun dah berapa kali pujok parents.. Lagi best bila dekat sana aku cakap dengan bola bowling weyh.. Sampai hati kau.. Huhu.. Dah arr time tu aku malu nak tegur kau, kau buat tak tau lagi lahh aku segan giler.. Buat muka handsome lepas tu belah laa kan.. Orang tak nak cakap nak buat cam ne.. :D

One nice day, ketika petang sedang mengambil tempat.. Dia ajak aku main 5x5.. Pe bendalah game tu nak suruh aku main.. Tak pernah pun aku dengar.. Lepas diterangkan barulah aku faham.. Sekarang..?? :o Yes, sekarang.. Sejujurnya, kantoi semua benda weyh.. Kantoi sangat sangat sangat..!! Aku pun tak tau lah apa yang aku rasa time tu.. Serious awak pandai nak buat orang kantoi dengan awak.. Akhir tahun tu berjalan dengan agak tegang.. Ye, aku tahu tu silap aku.. Kebodohan aku yang buat apa yang aku sendiri nak tak dapat.. Awak, maafkan saya awak.. Saya hanya manusia biasa.. Masa tu memang saya tak tahan sebab awak tiba-tiba tak layan saya langsung.. Saya dalam diam buat awak macam tu.. Saya tau awak marah sangat2.. Lepas tu lagi aku kena palau weyh.. Jumpa time circuit pun dia tak pandang aku langsung.. Lama sangat.. Sangat lama….

Entah laa berapa bulan dia tak layan aku.. Aku teruskan usaha untuk berbaik semula dengan dia.. Akhirnya dia nak cakap balik dengan aku.. Awak, terima kasih tau nak kawan dengan kita lagi.. Walaupun tak semesra dulu, walaupun tak seindah dulu tapi saya tetap bersyukur awak masih nak berkawan dengan saya.. Time circuit Perak aku buat kejutan untuk dia.. Takdelah kejutan mana pun.. Dia dapat “adik”..!! Sorry saya terpaksa kirim dekat orang untuk bagi adik awak tu.. Comel kann dia..? Macam awaklah.. ;) Sejak tu hubungan kami sebagai seorang kawan makin akrab.. Sekarang saya dah boleh panggil dia sahabat.. Yup, antara sahabat terbaik saya dalam hidup.. Sekarang ni dia dah ada orang punya.. Lol, aku orang pertama yang tau.. Haha.. Tu pun sebab dia yang tanya.. Dia sedang bahagia, sangat bahagia dengan pasangan pilihan hatinya sendiri.. Saya tumpang gembira dapat tengok kawan2 saya gembira.. Tahniah awak.. Hope awak kekal dengan dia.. Insyaallah saya akan doakan kebahagiaan awak dengan dia..

Aku juga memainkan peranan sebagai seorang pendengar masalah.. Dia akan cerita pape pun yang dia rasa nak cerita.. Aku pun dengar je lah.. Satu hari tu dia nangis.. Yup, aku ingat lagi.. Okay, tu first time aku nak pujok perempuan nangis.. Cuba jelah apa yang terdaya.. Awak, awak jangan risau pasal pilihan hati awak tu ye.. Awak percaya cakap saya, dia takkan mainkan hati awak.. Jangan ingat perkara lepas, ingat apa yang awak ada sekarang nie.. Ingat dia yang sekarang nie.. Dia akan sayang dan setia dekat awak sampai bila2.. Insyaallah.. Awak jangan nangis lagi.. Tak comel lah suara tu.. Sekarang pun dia masih buat benda sama.. Cerita macam2.. Seronok jugak dengar dia cerita.. Hehe..

Lepas setahun lebih kenal dia, baru lah dapat keluar makan dengan dia.. Itu pun teman orang je.. Aku rasa macam penyibuk je pun ada time tu.. Huhu.. Sejak tu lah baru berani sikit nak cakap face 2 face.. Second time keluar dengan dia masa dekat Sunway.. Tu pun teman orang jugak.. Sah laa aku ni penyibuk kan..? Kesah plak.. Haha.. Menjadi penyokong bersama lelaki pilihan hatinya semasa gp final memang seronok.. Kesian weyh kau kalah dengan budak kecik tu.. Haha.. Nak buat cm ne, takde rezeki kan..? :P Sokong orang lain dengan kau sekali lagi best.. Haha.. Lepastu semua balik buat hal masing2.. SPM melanda.. Terputus hubungan sementara.. Lol.. Haha.. Lepas habis spm ingat dapat jumpa dia.. Tapi tak dapat.. Sorry weyh tak datang Sunway tengok kau main final yang dapat rm1,000 tu.. Haha.. Tahniah.. Kat Penang pun kau dapat rm1,000.. Bila nak belanja aku..? Mengidam tako tao.. Hehe.. Ohh lupa, budak sukma lah sekarang.. Haha.. Ada rezeki jumpa kau time sukma nanti ye..

Cukuplah untuk cerita tu.. Nak cerita benda setahun lebih memang tak dapat lah kan.. Okay, selama kita kenal nie, banyak jugak kau punya mengada.. Haha.. Tapi kau still sahabat aku.. Sampai bila2..




Awak seorang yang baik..
Awak seorang yang penyayang..
Awak seorang yang berbudi pekerti mulia..
Awak seorang anak yang taat perintah parents..
Awak kuat merajuk.. :P
Awak seorang sahabat yang sangat pandai menjaga hati sahabatnya..
Awak seorang yang comel..
Awak seorang yang taat perintah Allah..
Awak seorang yang setia..
Awak seorang yang pandai..
Awak suka Chemistry..
Awak benci Add Maths..
Awak suka makan char kuey teow..
Awak kuat menganjing.. :D
Awak nak awak sorang panggil saya “ fiq “..
Awak seorang penasihat yang terbaikkkk..
Awak tak makan kawan sendiri..
Awak merajuk sangat sangat lama..
Awak paling benci orang yang tipu awak..
Awak ada suara yang comel..
Awak pandai buat saya kantoi..
Awak selalu buat saya senyum..
Awaklah paling lama saya call sampai pukul 3..
Awak dah ada bbm, saya still nokia-m..
Awak menyanyi sangat sedap..
Awak pandai mintak maaf..
Awak pandai buat orang setia..
Awak seorang perempuan yang sesuai dijadikan calon isteri oleh lelaki yang menyukai awak..

Saya ingat tarikh lahir awak dari no fon lama awak.. Saya ingat janji saya dekat awak, dan saya tetap tunaikan walaupun lambat sangat.. Ada jugaklah yang tak tunaikan.. hehe.. Adik bulat tak dapat lagi kan..? Nanti lah ye kalau ade rezeki.. Saya ingat time awak nasihat saya.. Saya pegang kata2 sampai sekarang and gunakan untuk nasihat orang lain.. Saya suka main 5x5 dengan awak.. Sekarang dah 10x10 lahh.. 3x3 lahh.. Haha.. Awak nak awak sorang panggil saya fiq.. Maaf tak dapat tunaikan sebab tak boleh nak halang orang lain panggil cam tu.. Tapi sedaplah nama panggilan tu.. Saya bersyukur sangat dapat berkenalan dengan awak.. Hope persahabatan kita kekal selamanya ye…… Ohh yea, akhirnya dapat jumpa awak dekat luar bukan sebab bowling tadi kan.. Haha, penat berdrama.. Jumpa jugak enn.. Thanks..

Sampai sini dulu lah yea.. Memang panjang giler kan.. Haha.. Post nie khas untuk dia.. Nama still takkan diberitahu.. Yang dah tahu tu, buat2 tak tau lah ye.. Haha.. Terima kasih lah sebab korang sudi baca sampai hujung nie.. Kepada dia, kau memang patut baca sampai habis.. Paham tak..? hahaha.. :P

Assalamualaikum…

No comments:

Post a Comment