Setiap orang mempunyai hati dan perasaan.

Assalamualaikum..

Hari ini saya nak cerita pasal tajuk dekat atas tu. Semua orang tahu kan setiap manusia mempunyai hati dan perasaan. Saya rasa kamu semua dah cukup besar untuk mengenal hati dan perasaan seseorang. Tapi kenapa masih ada diantara kamu yang masih suka bermain dengan perasaan itu? Perasaan yang susah untuk didapati, susah untuk dikekalkan dan begitu susah untuk dilupakan. Ye. Perasaan sayang. Kenapa masih ada diantara kamu yang sanggup mempermainkan perasaan itu yang telah diberikan khas untuk kamu? Tidakkah kamu semua masih belum mengetahui apa yang dimaksudkan dengan menghargai?? Mungkin kamu semua tahu maksudnya tetapi kamu tidak mengerti untuk menunjukkannya dalam kehidupan seharian. Mungkin juga kamu telah menunjukkannya, tapi cara kamu pula yang tidak bersesuaian dengan keadaan. Jadi, sekiranya masih tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan menghargai, janganlah sesekali kamu cuba untuk mempermainkan hati dan perasaan itu. Kamu sendiri dapat menilai bagaimana perasaan itu ditujukan kepada kamu. Buatlah keputusan yang terbaik untuk diri kamu sebelum menerimanya kelak takut kamu sendiri yang mempermainkannya…

Perasaan ini juga bukan sahaja terhad untuk mereka yang istimewa disisi kita. Perasaan sayang terhadap rakan-rakan juga merupakan satu perasaan positif yang mampu mengeratkan hubungan antara kita. Tidak salah untuk kita menyayangi sahabat kita. Tapi, kita perlu pandai menghargai perasaan itu sekiranya kita disayangi. Mesti korang pernah sakitkan hati kawan kan? Bohong lah tak pernah. Macam baru hidup pulak. Takde sesiapa yang tak pernah menyakiti hati kawannya walaupun sedikit. Itulah lumrah sebagai seorang manusia. Bila dah lakukan kesilapan, segeralah meminta maaf. Bila dah minta maaf, cubalah jangan mengulangi perbuatan tersebut. Hari ini mungkin dia maafkan, mana tahu esok lusa dia dah tak maafkan kamu lagi sekiranya kamu mengulangi perbuatan yang sama? Baru masa tu kamu akan merayu-rayu untuk pujuknya kembali. Elakkan daripada bersifat sedemikian kerana suatu hari kesannya akan memberikan impak yang negetif dalam diri kamu semua.

Kerana kau, aku sanggup bersabar.
Kerana kau, aku sanggup maafkan.
Kerana kau, aku sanggup menghadapi bermacam dugaan.
Kerana kau, aku sanggup bersusah payah.
Kerana kau, aku berkawan tanpa mencari sebarang balasan.
Kerana kau, aku semakin tabah.
Kerana kau, aku semakin berani mengharungi kehidupan.
Kerana kau, aku semakin mengenal erti kehidupan.
Kerana kau, hidup aku menjadi sempurna.
Kerana kau, hati aku gembira.
Kerana kau, aku berjaya menghadapi kehidupan sebagai seorang insan yang bernama manusia.

Fahami dan sayangilah rakan-rakan anda selagi dia masih memerlukan kamu, selagi dia masih menghiasi hari-hari kamu dengan gelak tawa yang riang dan selagi dia masih bernyawa. Setiap rakan anda memainkan peranan penting dalam hidup anda. Mereka juga memerlukan anda dalam kehidupan mereka. Janganlah kamu tidak menghiraukan hati dan perasaan mereka. Tanpa mereka, siapalah kamu didunia ini.

Saya ingin memohon maaf kepada sesiapa yang terasa ketika membaca post ini. Post ini tidak ada kaitan dengan sesiapa yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Ini hanyalah sekadar peringatan kepada kita semua yang sering alpa didunia ini. Manusia haruslah mempunyai sikap nasihat-menasihati antara satu sama lain. Semoga kamu semua mempunyai rakan-rakan yang mampu menggembirakan kamu sehingga keakhir hayat. Sampai sini dulu.. Assalamualaikum…....

No comments:

Post a Comment