When Someone Doesn't Know He/Her Very Important In Our Life


Hidup ini boleh diibaratkan sebagai lilin yang pada mulanya menerangi kehidupan kita dengan cahayanya yang menarik. Tetapi lama kelamaan akhirnya terpadam juga setelah lama memancarkan cahaya. Kehidupan yang dikurniakan kepada kita tidak selamanya akan tenang. Akan diselitkan dengan beberapa dugaan yang amat mencabar bagi mewarnai kehidupan kita ini. 


Semua manusia didunia ini ingin hidup tenang dan bebas. Bebas seperti burung yang berterbangan ke seluruh pelusuk dunia tanpa sebarang halangan yang menimpa. Ketenangan yang sering diimpikan bukan mudah untuk didapati. Kesemuanya memerlukan USAHA yang menentukan tahap ketenangan yang boleh dinikmati. Tiada sebarang benda di dunia ini boleh dinikmati tanpa sebarang usaha ke arahnya.


 Awak, betapa pentingnya awak bagi saya. Hanya Tuhan sahaja yang mengetahui segala isi hati saya yang tersirat. Awak telah merasuk jiwa saya yang lemah ini dengan pelbagai gelak tawa yang menghiburkan hati saya. Hidup saya penuh dengan warna warni kegembiraan dan ketenangan semenjak kemunculan awak dalam hidup saya. Saya amat gembira menikmati saat kehidupan saya bersama awak.

Namun, tergamak awak membiarkan saya keseorangan disini. Setelah pujuk rayu dan gelak tawa mu yang menyenangkan hatiku ini. Sekelip mata berakhir dengan agenda yang paling tidak ku gemari. Mengapa awak sanggup berkelakuan begitu? Sampai hati awak? Sedar tak awak betapa pentingnya awak untuk berada disisi saya dalam menempuh hidup seharian? Saya ibaratkan awak umpama sebatang lilin yang menyala di malam hari yang menerangi jiwa saya. Saya berharap lilin itu akan terus menyala selamanya. Tergamaknya awak memadamkan cahaya lilin itu dengan sekelip mata. Sedarkah awak betapa pentingnya lilin itu bagi saya? Lilin itu umpama jantung saya yang berdegup kencang mendorong saya mengharungi hidup. Apakah ertinya hidup bagi saya sekiranya awak MEMADAMKAN lilin itu??? Segala kegelapan akan mengelilingi jiwa saya tanpa sebarang cahaya. TERGAMAKNYA awak!!! :'(


Ingatlah wahai manusia. Sesungguhnya Allah pernah berfirman yang maksudnya :
Sebelum aku temukan kamu dengan jodoh kamu, aku akan temukan kamu dengan seseorang yang bukan jodoh kamu supaya kamu lebih matang dan mengenali sifat manusia.


Jangan lah kalian berasa terlalu kecewa dengan perlakuan seseorang itu. Mereka juga adalah seorang manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Kehidupan manakah yang tidak diselangi dengan ujian yang mendatang? BERSABAR dan TABAH lah kamu mengharungi ujian ini. Jangan sesekali kamu melupakan-NYA kerana hanya DIA lah yang dapat menolong mu. Lilin yang telah terpadam itu akan tetap bernyala semula dengan keizinan dari-NYA. Semoga kalian mampu menempuh cabaran hidup di dunia ini. =)

2 comments:

  1. aku rasa macam kena penampar lah bila baca post kau .

    ReplyDelete
  2. i'm very sorry...
    sye x sangka smpai jd mcm 2...
    bru sye taw betapa syg awk terhadap sye...
    thanks for everything...

    ReplyDelete