CINTA....
Hanya sepatah perkataan yang membawa maksud tersendiri mengenai hati dan perasaan.. Jangan tertarik kepada seseorang hanya kerana paras rupa, kekayaan dan kedudukan kerana ia bukanlah penjamin kebahgiaan.. Tiada kata-kata yang dapat meluahkan rasa cinta melainkan perasaan sayang dan cinta itu sendiri yang wujud dan dipamerkan secara semulajadi.. Setiap orang ada kelemahan dan kelebihannya..
Tuhan menjadikan setiap makhluk-Nya berpasangan untuk menjadikan kehidupan kita lebih sempurna.. Tuhan juga menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat untuk menjadi pasangan hidup kita..
Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti.. Sungguh menyakitkan apabila mencintai seseorang yang tidak mencintai kita, tetapi lebih menyakitkan apabila kita saling mencintai tetapi akhirnya tidak dapat bersama kerana orang ketiga.. seboleh-bolehnya kita harus pertahankan cinta itu..
Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal andai kita masih mahu meneruskannya.. Jangan pernah menyerah andai kita masih merasa sanggup dan jangan pernah mengatakan kita tidak mencintainya andai kita tidak dapat melupakannya.. Kita hanya memerlukan waktu seminit untuk mantafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang.. TETAPI, kita memerlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang..
Sebaris ayat diatas pernah diungkapkan kepada saya... Terima kasih awak.. Awak telah banyak membantu saya dalam memahami pengertian CINTA yang sebenar dan mengharungi dugaan hidup yang terdapat didunia ini... Hanya awak dihati saya... Saya akan sentiasa berada disisi awak... "TIDAK awak, TIDAK... Saya hanya menyayangi awak seorang..." Itulah yang awak perlu tahu secara hakikatnya... =D
No comments:
Post a Comment