Assalamualaikum…
Lama betul dah tak update blog. Malas, tidak ada
idea, busy dan yang sewaktu dengannya. :) Apa khabar anda semua? Saya harap
anda semua berada dalam keadaan yang tenang, sihat, aman dan damai serta
bergembira disisi keluarga tercinta. Okay, rasanya satu Malaysia tahu yang
Sabtu lepas dah start cuti sekolah kan? Kalau tak tau nampak sangat semangat
pergi sekolah. So, apa plan korang cuti sekolah ni? Harap 2 minggu ini
digunakan sebaik mungkin untuk merehatkan minda.
Post kali ini khas ditujukan kepada semua
rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang telah mengenali diri saya. Terutama kepada
mereka yang lahir pada tahun 1994. “Cuti Sudah Habis Bro.” Yes, cuti kita sudah
habis. 6 bulan berlalu dengan sekelip mata. Segala gelak-tawa, keluar bersama,
membuang masa tanpa berbuat apa-apa, bergurau tak ingat dunia akhirnya telah
sampai ke penghujungnya. Maksud saya kita terpaksa kurangkan benda-benda ni
semua sebab sudah tiba masa untuk kita meneruskan langkah seterusnya iaitu memasuki
alam universiti/kolej/matrikulasi. Terlalu banyak kenangan yang telah kita
coretkan bersama. Suka dan duka kita tempuhi bersama untuk mencapai kejayaan.
Segala penat lelah yang kita hadapi di alam persekolahan telah sampai ke
kemuncaknya……
Sahabat, engkau begitu bermakna dalam diriku ini.
Tanpamu siapalah diri ini didunia yang penuh dengan dugaan dan cabaran.
Kelibatmu tiap hari menyempurnakan hidupku yang serba kekurangan. Pengorbanan
mu akan ku ingati hingga akhir hayat. Kita terpaksa berpisah. Berpisah kerana
meneruskan harapan dan cita-cita diri untuk berjaya hingga ke menara gading.
Segala kenangan bersama akan sentiasa terpahat di hati ini.
Muhammad Nabil ---> Universiti Malaysia Sarawak.
Muhammad Asyraf & Wan Ismat Firdaus --->
Matrikulasi Perlis
Mohammad Faroq ---> Persediaan untuk ke Japan
bawah tajaan JPA
Muhammad Mn ---> Sunway University College
Anis Syazwanie ---> Matrikulasi Pahang
Syahirah Rosli & Syazwani ---> Matrikulasi
Pulau Pinang
Muhammad Anaas & Aimi Husna ---> UiTM
Melaka
Norashuhada & Zureen ---> UiTM Puncak Alam
Najah Farhana, Atiqah Hanani, dan semua lagi yang
bakal melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Semoga Berjaya
Dengan Cemerlang. Jaga diri anda semua ditempat belajar anda yang baru.
Cepat-cepat sesuaikan diri. Jangan leka dan tumpukan perhatian. Jangan
tinggalkan solat kerana solat merupakan perkara wajib yang perlu kita tunaikan.
Semoga kita bertemu kembali dalam majlis Reunion mahupun dimana-mana jua
sekiranya berkesempatan.
<3 <3 ALL THE BEST & TAKE CARE <3 <3
No comments:
Post a Comment